Thursday, July 4, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    Brunei-Singapura meterai MoU kukuhkan kerjasama kehakiman

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OGOS – Mahkamah Besar Negara Brunei Darussalam dan Mahkamah Besar Singapura hari ini mengukuhkan komunikasi dan kerjasama dalam isu-isu berkaitan pengelakan dan penyelesaian pertikaian melalui penandatanganan satu memorandum persefahaman (MoU).

    Menandatangani bagi pihak Mahkamah Besar Brunei ialah Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Steven Chong dan Mahkamah Besar Singapura pula diwakili oleh Ketua Hakim Negara, Sundaresh Menon.

    Majlis penandatanganan turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Singapura, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Sidek bin Ali.

    Terdahulu, kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan bermanfaat bagi meningkatkan akses kepada keadilan, perbicaraan di Tribunal Tuntutan Kecil, pengantaraan dan kaunseling di Mahkamah Keadilan Keluarga Singapura, pentadbiran insolvency dan muflis, pentadbiran dan operasi kehakiman, teknologi mahkamah, pendidikan dan latihan kehakiman, serta pengurusan kes.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, MoU menandakan sejarah dan persahabatan mesra antara Brunei dan Singapura serta mengesahkan komitmen untuk mengekalkan hubungan dua hala yang kukuh antara kedua-dua buah negara.

    MoU itu juga berfungsi sebagai tunggak asas kerjasama kehakiman dalam menyediakan platform untuk meningkatkan komunikasi dan meletakkan asas bagi kerjasama, membolehkan pertukaran perspektif dan amalan terbaik dalam mengelak dan menyelesaikan pertikaian.

    Ia merupakan MoU ketiga yang ditandatangani antara Mahkamah Besar Brunei Darussalam dan bidang kuasa lain, berikutan pemeteraian memorandum dengan Mahkamah Besar Republik Rakyat China pada 21 September 2004 dan Jabatan Kehakiman Hong Kong SAR pada 4 Mei 2023.

    Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Steven Chong dan Sundaresh Menon bertukar-tukar dokuman MoU. – Gambar serahan Jabatan Kehakiman Negara
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kebakaran gas di lombong arang batu Australia berlarutan tiga hari

    SYDNEY, 3 JULAI – Sebuah lombong arang batu utama di Australia masih mengalami kebakaran gas bawah tanah yang telah berlarutan selama tiga hari selepas...