
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Sept – Brunei Darussalam telah menunjukkan komitmennya untuk membanteras pengelakan dan cukai di luar negeri dengan menandatangani Konvensyen Multilateral mengenai Bantuan Tadbir Bersama dalam Perkara Cukai.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan di sini, hari ini, penandatangan konvensyen berkenaan telah diadakan semalam di Ibu Pejabat Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (DECD), Perancis.
Menandatangani bagi pihak kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Republik Perancis, Datin Paduka Malai Hajah Halimah binti Malai Haji Yussof di hadapan Timbalan Setiausaha Agung DECD, Masamichi Kono.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn