Brunei tempah slot Piala AFC tahun depan

Oleh Fadhil Yunus

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Negara Brunei Darussalam telah menempah satu slot untuk Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2021 musim depan, menurut The Asean Football baru-baru ini.

Juara Liga Super Brunei 2020, akan memasuki ke peringkat play-off bersama juara liga domestik dari Laos dan Timor Leste serta pemenang kejohanan piala liga dari Myanmar, Indonesia dan Kemboja.

Pasukan Brunei perlu memenuhi syarat pelesenan kelab sebagai sebahagian daripada kriteria yang diperlukan oleh AFC agar layak untuk penyertaan.

Pusingan kelayakan kejohanan tersebut akan diadakan secara sementara sama ada pada 19 atau 20 Januari 2021 untuk perlawanan pertama dan pada 26 atau 27 Januari untuk perlawanan kedua tertakluk dengan perubahan kalendar pertandingan yang disediakan oleh AFC.

Pemenang di pusingan kelayakan akan menempah tempat di peringkat kumpulan sebelum menuju ke final bergantung pada zon pasukan yang mengambil bahagian.

Indera SC membuat penampilan sulung mewakili Brunei di Piala AFC setelah berjaya meraih kedudukan teratas dalam kejohanan di dalam negara dan berjaya memperoleh Lesen Kelab AFC.

Indera SC membuat penampilan sulung sebagai pasukan dari Brunei berikutan kelab meraih kedudukan teratas dalam kejohanan di dalam ne-gara serta berjaya memperoleh Lesen Kelab AFC.

Ini adalah merupakan pertama kali pasukan dari Brunei mewakili dalam Piala AFC sejak pertandingan itu ditubuhkan pada tahun 2004.

Indera, yang menduduki tempat keempat di liga musim lalu, tersingkir setelah tewas kepada Yangon United dalam perlawanan kelayakan awal tahun ini.

Sementara itu, Brunei berada di kedudukan yang setara dengan Timor Leste dalam kedudukan ranking persatuan di zon ASEAN.

Kedudukan liga diambil kira untuk ke pertandingan Piala AFC dan Liga Juara-Juara AFC dalam tempoh antara 2016 dan 2019.

Dua pasukan dari Vietnam, Malaysia dan Singapura akan diberi slot secara automatik ke peringkat kumpulan yang dijadualkan bermula pada Februari 2021, sementara Myanmar, Indonesia dan Kemboja hanya diberikan satu slot di peringkat kumpulan dan peringkat kelayakan.

Laos, Brunei dan Timor Leste, ketiga-tiga pasukan terendah diberi slot masing-masing. Pusingan kelayakan sebagai laluan untuk kelab Brunei terpilih, yang masih belum ditentukan, untuk layak ke kejohanan ini untuk pertama kalinya.

Timor Leste dan juga Brunei sebagai muncul buat pertama kali di Piala AFC tahun ini, adalah persatuan lain dari zon ASEAN yang masih belum berjaya melepasi peringkat kumpulan.