Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brunei terima sumbangan vaksin Moderna dari Singapura

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Kementerian Kesihatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OGOS – Sebanyak 100,000 dos vaksin Moderna telah selamat tiba di Negara Brunei Darussalam dari Singapura melalui penerbangan BI424 pada 19 Ogos.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, di sini, hari ini, vaksin Moderna berkenaan merupakan sumbangan Singapura yang mencerminkan hubungan istimewanya dengan Negara Brunei Darussalam dan sokongan berterusannya dalam usaha menangani COVID-19.

    Hadir di Pusat Kargo Udara Antarabangsa Brunei (BIACC) untuk menerima vaksin ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Heng Aik Yeow.

    Juga hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin; Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Raymond Chow; Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional), Dr Haji Zulaidi bin Haji Abdul Latif; Pemangku Pengarah Perkhidmatan Farmaseutikal, Hajah Zanatul Aini binti Haji Zainin serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Kesihatan dan Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura di Negara Brunei Darussalam.

    Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dan terkini, boleh melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi BruHealth.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan menerima vaksin Moderna disumbangkan oleh Singapura daripada TYT Heng Aik Yeow (kanan).
    Sebanyak 100,000 dos vaksin Moderna yang disumbangkan oleh Singapura selamat tiba di Negara Brunei Darussalam, pada 19 Ogos.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda