Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Brunei tewas 3-0 kepada Maldives

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 SEPT – Pasukan bola sepak kebangsaan Negara Brunei Darussalam kembali beraksi di hadapan penyokong sendiri dengan kekalahan 3-0 kepada Maldives pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tahap I di Balapan dan Padang Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah di Berakas semalam.

    Perlawanan itu menandakan penampilan antarabangsa pertama pasukan kebangsaan senior di tempat sendiri sejak pusingan kedua kelayakan Pusingan 1 Piala Dunia FIFA 2022 menentang Mongolia pada Jun 2019.

    Hadir menyaksikan perlawanan tersebut ialah Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim.

    Pasukan Brunei mencatatkan percubaan tepat pertama pada minit ke-27 tetapi tandukan Razimie Ramlli berjaya diselamatkan oleh penjaga gol, Hussain Shareef. Maldives mendahului perlawanan hasil daripada permainan terbuka semasa melakukan serangan pada minit ke-36 melewati kaki penjaga gol Brunei, Haimie anak Nyaring.

    Maldives berpeluang menggandakan kelebihan tetapi Ibrahim Mahudhee Hussain tidak dapat mengekalkan tandukannya pada sasaran selepas bertindak balas terhadap hantaran lintang Hamza Mohamed.

    YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim hadir menyaksikan perlawanan persahabatan di antara Brunei dan Maldives di Balapan dan Padang Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah di Berakas, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Aksi pemain Pasukan Brunei dan Pasukan Maldives semasa perlawanan persahabatan di Balapan dan Padang Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah di Berakas kelmarin.

    Pasukan Maldives, berada di ranking ke-34 di atas Pasukan Brunei, berjaya menjaringkan gol kedua menerusi Hamza Mohammed.

    Pasukan Maldives melengkapkan jaringan di masa kecede-raan menerusi Hassan Raif ketika perlawanan pertama jurulatih Brunei yang baru dilantik Mario Rivera Campesino berakhir dengan kekalahan.

    Ketua jurulatih Pasukan Brunei berkata semasa temu bual selepas perlawanan, “Kami telah meningkat dalam banyak aspek, sikap dan semangat yang ditunjukkan pemain benar-benar bagus.

    “Kami bermain bola sepak yang baik tetapi perlu meningkatkan tahap kecergasan kami.

    “Untuk membina pasukan yang menang pasti sukar kerana ia bukan perkara biasa bagi pasukan bola sepak Brunei. Tetapi, jika kami boleh terus meningkat seperti hari ini dan setiap sesi latihan, saya fikir pasukan boleh pergi dan memenangi perlawanan.”

    Pasukan Brunei seterusnya akan menentang Laos sebagai sebahagian daripada siri Tri-Nations pada 27 September.

    Perlawanan kedua siri itu akan menyaksikan Laos, yang menduduki ranking tujuh di hadapan Brunei, menentang Maldives pada 24 September.

    Pasukan Brunei kini sedang bersiap sedia untuk perlawanan kelayakan Piala Elektrik Mitsubishi Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) menentang Timor Leste.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...