Monday, July 14, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brunei tewas kepada Sri Lanka

    Oleh James Kon –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JUN – Pasukan bola sepak Negara Brunei Darussalam tewas kepada Sri Lanka 1-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Kem Latihan Bola Sepak Alpine di Bangkok, Thailand, hari ini.

    Perlawanan itu merupakan persiapan skuad negara dalam perlawanan akan datang menentang Bhutan pada 10 Jun dalam Kelayakan Piala Asia 2027 yang berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

    Separuh masa pertama menyaksikan pasukan Sri Lanka terus menggasak pasukan Brunei untuk cuba mendahului dan pemain No.7, Garrett Kelly, hampir memecah kebuntuan Sri Lanka apabila tandukannya tersasar dari palang gol selepas menerima hantaran lintang, Hasmeer.

    Pada minit ke-55, pertahanan Brunei gagal mematahkan serangan balas pasukan lawan dan Leon Perera akhirnya berjaya menjaringkan gol mudah selepas menerima hantaran lintang, Dillon Senan De Silva untuk membantu Sri Lanka mendahului permainan.

    Kedua-dua pasukan tidak dapat memanfaatkan beberapa peluang untuk melebarkan kedudukan pada baki separuh masa kedua dan Sri Lanka berjaya bertahan untuk memenangi perlawanan.

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda