Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brunei tiada kendali projek Kereta Api Rentas Borneo

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 APRIL – Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak pernah menawarkan ataupun melantik sebarang syarikat tempatan mahupun dari luar negeri untuk mengendalikan projek Kereta Api Rentas Borneo.

    Kenyataan itu dibuat oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dalam siaran akhbar yang dikeluarnya, di sini, hari ini, dalam merujuk mengenai perkara Kereta Api Rentas Borneo yang kuat dibincangkan baru-baru ini, termasuk di negara-negara jiran melalui pelbagai platform media massa serta media sosial.

    Pada masa yang sama, belum ada sebarang perbincangan rasmi di peringkat kerajaan mengenai perkara berkenaan mahupun di antara negeri-negeri dan pihak-pihak yang berkepentingan.

    Bagi projek yang berskala sedemikian, sudah setentunya memerlukan komitmen di peringkat kerajaan masing-masing terlebih dahulu.

    Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi ingin menyarankan akan pentingnya untuk berhati-hati di dalam membuat kesimpulan, perlu mengkaji dan mengesahkan setiap maklumat yang diterima.

    Ia adalah penting bagi mengelak salah faham dan mengekalkan kestabilan dan keharmonian masyarakat dan negara.

    – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda