Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Brunei, UAE tandatangani MoU industri maritim

    DUBAI, 29 MAC – Sempena keberangkatan kerja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani dengan kerajaan tersebut, hari ini.

    Mewakili bagi pihak kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah manakala bagi pihak kerajaan UAE ialah Menteri Tenaga dan Infrastruktur, UAE, Tuan Yang Terutama Suhail Mohamed Al Mazrouei.

    MoU tersebut ialah bagi ‘The Recognition of Certificate Issued under the Provisions of the International Convention on Standards of Training, Certification and Watch Keeping for Seafarers, 1978 as amended’ merupakan satu usaha untuk mengembangkan dan membangunkan industri maritim Negara Brunei Darussalam dari segi sumber manusia.

    Manakala bagi Sijil Kecekapan Pelaut Brunei Darussalam yang diiktiraf oleh UAE dan seterusnya ia akan membuka peluang pekerjaan di kapal dagang yang berdaftar di bawah Negara Brunei Darussalam dan UAE.

    Negara Brunei Darussalam sebelum ini telah menandatangani MoU yang sama dengan 15 buah negara iaitu Australia, Kanada, Ghana, Ireland, Pakistan, Malaysia, Kepulauan Marshall, New Zealand, Filipina, Croatia, India, Indonesia, Singapura, United Kingdom dan Vietnam, dan yang terkini iaitu UAE.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew selaku wakil kerajaan Brunei Darussalam dalam majlis penandatanganan MoU dengan UAE.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...