Thursday, December 19, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brunei, Vietnam tingkat kerjasama

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 DIS – Sejak Negara Brunei Darussalam dan Vietnam menubuhkan hubungan diplomatik secara rasmi pada 1992, hubungan dua hala di antara kedua-dua buah negara terus dikembangkan dan diperkukuhkan.

    Perkara itu dinyatakan oleh Atase Pertahanan Vietnam ke Negara Brunei Darussalam, Kolonel Nguyen Ngoc Huan semasa Majlis Resepsi Ulang Tahun Penubuhan Tentera Rakyat Vietnam ke-80 dan Ulang Tahun All People National Defense Festival ke-35 yang berlangsung di Tarindak D’Seni, Bandar Seri Begawan, kelmarin.

    Hadir di majlis berkenaan ialah Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan, Poh Kui Choon; Duta Vietnam ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Tran Anh Vu serta para jemputan khas.

    Dalam ucapannnya lagi, Kolonel Nguyen Ngoc Huan menyatakan dalam tempoh tiga dekad kebelakangan ini, persahabatan di antara kedua-dua buah negara telah menyaksikan peningkatan dan diperkukuhkan khususnya dalam kerjasama bidang politik, ekonomi, pertahanan dan sekuriti, kebudayaan, pendidikan, pelancongan serta pertukaran rakyat.

    Beliau menambah bahawa semasa keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi lawatan rasmi ke Vietnam pada 2019, hubungan di antara Negara Brunei Darussalam dan Vietnam telah dipertingkatkan kepada tahap kerjasama komprehensif.

    Beliau turut menyatakan bahawa terdapat peningkatan dalam perniagaan-perniagaan Vietnam yang meneroka peluang kerjasama dan perniagaan di Negara Brunei Darussalam.

    GAMBAR OLEH FADHIL YUNUS
    Kolonel Nguyen Ngoc Huan, Poh Kui Choon dan TYT Tran Anh Vu bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH FADHIL YUNUS

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda