Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    bruneihalalfoods perkenalkan minuman berperisa rendah gula

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OGOS – Orang ramai boleh menikmati minuman perisa buah-buahan dengan kandungan gula yang rendah menerusi barisan produk minuman terbaharu FlavaFroot, yang diperkenalkan oleh bruneihalalfoods, di Soon Lee Mega Mart, Muara, hari ini.

    Minuman teh berperisa itu dihasilkan eksklusif bagi memenuhi ci-ta rasa kanak-kanak dan juga menyokong pilihan lebih sihat yang mana ia mempunyai kandungan gula yang rendah.

    Hadir untuk sama-sama melancarkan barisan produk minuman terbaharu berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif Ghanim International Corporation, Dr Nur Rahman dan juga pengedar sah, CKC Inofood serta wakil-wakil daripada Soon Lee Holdings iaitu pengurus-pengurus eksekutif, Eddy Ong dan Drag Ong.

    Dr Nur Rahman menyatakan perasaan amat gembira kerana dapat untuk melancarkan produk terbaharu mereka itu bagi menyertai barisan portfolio produk bruneihalalfoods yang semakin berkembang.

    Beliau menyatakan lagi bahawa usaha itu mengukuhkan cita-cita mereka untuk menjana barisan produk tempatan yang ekstensif sebagai sebahagian daripada aspirasinya untuk terus merealisasikan keupayaan pengeluaran serta inovasi pengeluar dan rakan-rakan kongsi tempatan.

    Dr Nur Rahman bersama wakil-wakil pengedar sah dan Soon Lee Holdings menunjukkan produk minuman yang baru diperkenalkan oleh bruneihalalfoods. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda