Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    BruneiReds saksikan perlawanan terakhir Klopp

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MEI – Lebih 100 ahli BruneiReds, Kelab Rasmi Penyokong Liverpool Brunei (OLSCB), berkumpul untuk menyaksikan perlawanan terakhir pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, yang juga merupakan perlawanan terakhir pasukan bagi musim ini.

    Acara itu disambut meriah dengan kehadiran para peminat setia Liverpool yang memenuhi lokasi perkumpulan.

    Selain menyaksikan perlawanan, ahli-ahli BruneiReds juga berpeluang untuk bergambar dengan replika piala, menambahkan lagi suasana kemeriahan acara. Tidak ketinggalan, sesi cabutan bertuah turut diadakan, memberikan peluang kepada para hadirin untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.

    Pihak OLSCB turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan acara tersebut. Sokongan yang diberikan oleh ahli-ahli kelab tidak hanya menunjukkan kecintaan mereka terhadap pasukan Liverpool, tetapi juga mempereratkan hubungan antara sesama penyokong.

    Antara yang hadir pada acara tersebut bergambar ramai. – GAMBAR SERAHAN OLSCB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...