Ahad, 23 November 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bruno Fernandes dipilih sebagai kapten baharu Manchester United

    MANCHESTER, 21 JULAI – Pemain tengah Portugal Bruno Fernandes kini adalah kapten baharu Manchester United.

    Kelab Liga Perdana itu mengumumkan pelantikan itu kelmarin.

    Fernandes telah menjaringkan 64 gol dengan 54 bantuan dalam 185 perlawanan sejak menyertai United pada 2020 dari Sporting Lisbon.

    Harry Maguire tweet Ahad lalu bahawa dia bukan lagi kapten United berikutan perbincangan dengan pengurus Erik ten Hag. Pemain pertahanan tengah itu hanya membuat lapan permulaan liga musim lalu, membawa kepada spekulasi berterusan mengenai masa depannya di Old Trafford.

    Dalam ketiadaan Maguire dalam pasukan musim lalu, Fernandes yang berusia 28 tahun paling kerap dilantik sebagai kapten dan telah dijangka secara meluas akan diberikan peranan tetap.

    Dia beraksi dalam semua kecuali satu perlawanan liga pasukan ketika United menduduki tempat ketiga untuk kembali ke Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2021.

    Skuad itu tiba di Amerika Syarikat, kelmarin, untuk jelajah 12 hari, walaupun Ten Hag akan beraksi tanpa pemain tengah Fred yang kekal di England atas sebab peribadi. – AP

    Manchester United telah mengumumkan bahawa Bruno Fernandes kini kapten baharu Manchester United. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda