LISBON, 29 Ogos – Pemain Sporting Lisbon Bruno Fernandes (gambar) dipanggil menyertai skuad Portugal untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Kepulauan Faroe dan Hungary selepas ketiadaan Pizzi, kata Persekutuan Bola Sepak Portugal.
Midfield Benfica Pizzi, 27, berada dalam senarai juara Eropah itu di ibu kota Lisbon semalam sebelum dilepaskan dan dibenarkan kembali bersama kelabnya.
Fernandes, 22, diberikan kepercayaan penuh untuk beraksi dalam perlawanan awal musim ini bersama Sporting selepas berpindah dari Sampdoria pada musim panas lalu.
Portugal dijadual melayan kunjungan Kepulauan Faroe di Estadio do Bessa di Oporto, Khamis ini sebelum bertemu Hungary di Budapest, pada Ahad.
Mereka kini berada di kedudukan kedua Kumpulan B kelayakan Eropah untuk Piala Dunia di Rusia tahun depan, tiga mata di belakang pendahulu, Switzerland namun lapan mata di depan penghuni tangga ketiga, Hungary.
Senarai baru Skuad Portugal untuk penjaga gol ialah Rui Patricio (Sporting), Beto (Göztepe/TUR) dan Bruno Varela (Benfica).
Bahagianp pertahanan pula dibarisi oleh Joao Cancelo (Inter Milan/ITA), Cedric Soares (Southampton/ENG), Pepe (Besiktas/TUR), Bruno Alves (Rangers/SCO), José Fonte (West Ham/ENG), Fabio Coentrao (Sporting) dan Eliseu (Benfica).
Bahagian tengah pula diperkasakan oleh William Carvalho (Sporting), Adrien Silva (Sporting), Danilo Pereira (FC Porto), Joao Moutinho (Monaco/FRA), Bruno Fernandes (Sporting), Joao Mario (Inter Milan/ITA) dan Andre Gomes (Barcelona/ESP).
Jentera serangan Portugal diketuai oleh Cristiano Ronaldo (Real Madrid/ESP), Bernardo Silva (Manchester City/ENG), Ricardo Quaresma (Besiktas/TUR), Gelson Martins (Sporting), André Silva (AC Milan/ITA), Bruma (RB Leipzig/GER) dan Nelson Oliveira (Norwich/ENG). – AFP