Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    BruROSA asah kemahiran syarahan awam

    UNITED KINGDOM, 25 MAC – Persatuan Penuntut-penuntut Pegawai Agama Brunei (BruROSA) baru-baru ini telah menganjurkan pertandingan tahunan Open Mic kali kedua bertemakan The Obligatory Search of Knowledge yang diadakan secara maya menerusi aplikasi Zoom.

    Menurut kenyataan dikeluarkan BruROSA di sini, pertandingan mengasah kemahiran pengucapan awam di khalayak ramai, menerokai bakat dan potensi pelajar serta platform bagi para penuntut berkongsi ilmu agama.

    Lima orang penuntut dari pelbagai universiti di United Kingdom telah menyertai pertandingan itu yang dimenangi oleh Dayang Nur Arina binti Haji Hamidun dari Cardiff Metropolitan University, tempat kedua dimenangi Awang Mohd Aqiel Hidayat bin Haji Zulfa Hidayat dari Conventry University dan tempat ketiga dimenangi oleh Awangku Izz Khan Fayyadh bin Pengiran Haji Mohd Hasreen dari University of Manchester. Pemenang pertama memenangi wang tunai £150, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima £125 dan £100.

    Sijil penyertaan dan cenderahati BruROSA diberikan kepada peserta bagi menunjukkan penghargaan atas usaha mereka untuk menyertai peraduan ini.

    Pertandingan dihadiri oleh Pengarah Pengajian Unit Penuntut-penuntut (UPP), Awang Mohd
    Danny bin Haji Aimi yang turut menyampaikan ucapan ringkas dan diakhiri sesi bergambar ramai Zoom dan bacaan Surah Al-Asr.

    Sesi bergambar ramai pada hujung majlis yang berlangsung secara maya. – Gambar serahan BruROSA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda