Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    BruSat sumbang sejadah, telekung

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 APRIL – Syarikat BruSat telah menyampaikan sumbangan berupa tiga gulung sejadah dan 20 pasang telekung untuk kegunaan orang ramai dan jemaah di Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop hari ini.

    Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah BruSat, Pengiran Haji Sabtu @ Pengiran Haji Sabtu Kamaluddin bin Pengiran Haji Mostaman kepada Pegawai Hal Ehwal Masjid, Haji Syamsul Nizam bin Haji Badar.

    Turut hadir menyaksikan penyerahan sumbangan itu ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei dan Muara, Haji Azis bin Haji Mohd Yassin dan Pegawai Hal Ehwal Masjid selaku Pemantau Zon 3 Daerah Brunei dan Muara, Awang Mohd Amin bin Haji Salim.

    Pengiran Haji Sabtu @ Pengiran Haji Sabtu Kamaluddin menyerahkan sumbangan kepada Haji Syamsul Nizam. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda