BRUSSELS, 18 JULAI – Suruhanjaya Eropah mencadangkan supaya pengeluaran antibiotik dipertingkatkan dan penggunaan secara berhemat untuk membantu mengatasi kekurangan ubat itu di Kesatuan Eropah (EU) pada masa depan.
“Tindakan perlu dilakukan sekarang supaya dapat bersiap sedia menjelang musim sejuk akan datang, selain memastikan potensi kekurangan ubat antibiotik dapat dielakkan,” menurut Pesuruhjaya Kesihatan EU, Stella Kyriakides kelmarin, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Keutamaan diberikan kepada antibiotik yang digunakan untuk merawat jangkitan pernafasan.
Selain meningkatkan pengeluaran dan penggunaan secara berhemat, suruhanjaya itu mahu negara anggota memantau permintaan dan bekalan antibiotik dengan kerjasama syarikat.
Senarai ubat-ubatan kritikal di EU juga sedang dibangunkan, menurut kenyataan itu. – Bernama


