Thursday, March 13, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brussels umum tindakan balas terhadap tarif AS

    MOSCOW, 12 MAC – Suruhanjaya Eropah hari ini mengumumkan langkah tindakan balas terhadap tarif baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS), yang akan menjejaskan barangan bernilai kira-kira 18 bilion euro (AS$19.6 bilion) dan dijangka berkuat kuasa pada pertengahan April.  

    “Pada 12 Mac, AS mengenakan tarif sehingga 25 peratus ke atas import keluli, aluminium serta beberapa produk yang mengandungi keluli dan aluminium daripada Kesatuan Eropah (EU) dan rakan dagang lain. Sebagai tindak balas, Suruhanjaya Eropah melancarkan satu siri tindakan balas bagi melindungi perniagaan, pekerja dan pengguna Eropah daripada kesan sekatan perdagangan yang tidak berasas ini,” menurut badan EU itu dalam satu kenyataan.  

    Pada 1 April, EU akan mengembalikan langkah pengimbangan semula  yang diperkenalkan pada 2018 dan 2020 serta mengenakan pakej baharu langkah tambahan yang akan berkuat kuasa pertengahan April, menurut Suruhanjaya Eropah.  

    “Memandangkan tarif baharu AS lebih luas dari segi skop dan menjejaskan nilai perdagangan Eropah yang jauh lebih tinggi, Suruhanjaya telah melancarkan pada 12 Mac proses untuk mengenakan langkah balas tambahan ke atas AS. Langkah ini akan menyasarkan barangan bernilai kira-kira €18 bilion, yang kemudiannya akan dikuatkuasakan bersama langkah yang diperkenalkan semula dari 2018,” menurut suruhanjaya itu. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda