BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Okt – Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE) akan mengendalikan acara Brunei Salebration (BSb) 2017 selama 65 hari bermula dari 28 November ini hingga 31 Januari 2018.
BSb 2017 merupakan usaha berterusan pihak kerajaan dalam mempromosi negara ini sebagai destinasi membeli-belah bagi meningkatkan kegiatan perekonomian menerusi perbelanjaan dalam negara dan peningkatan aktiviti perniagaan.
Dalam memudahkan lagi dan menggalakkan lebih ramai penyertaan, JPKE memaklumkan bahawa kini peserta jualan hanya diperlukan untuk memberi potongan harga kepada sekurang-kurangnya 50 peratus berbanding 60 peratus diskaun yang dipamerkan sebelum ini, manakala, peratus diskaun minimum sebanyak 20 peratus akan ditawarkan semasa acara berkenaan.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn