Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MEI – Dengan hasrat membantu meningkatkan bekalan stok darah, Persatuan Masyarakat India Bandar Seri Begawan (BSBIA) mengalu-alukan orang ramai untuk sama-sama mengambil bahagian dalam kempen menderma darah yang akan diadakan di Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) pada 25 Mei ini.
Kempen yang bermula dari 8 pagi hingga 12 tengah hari itu dihasratkan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya menderma darah dan ahli-ahli BSBIA, rakan-rakan, warga India serta orang ramai dialu-alukan untuk sama-sama hadir menyokong kegiatan berkebajikan itu.
Para penderma darah yang berminat digalakkan untuk mengalu-alukan rakan-rakan serta keluarga mereka untuk mengikuti jejak mereka menderma darah dan menjayakan acara berkenaan.
