Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Feb – Cabutan awal bagi memilih peserta cabutan akhir Promosi #BeliHelix yang akan diadakan pada Februari minggu depan ini telah diadakan hari ini di Ruang Legar Bangunan PGGMB.
Cabutan telah dibuat oleh perwakilan media-media dan disaksikan oleh pihak Pengurusan dan Kakitangan Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM).
Sebanyak 8,460 penyertaan telah diterima bagi Januari yang mengumpul keseluruhan penyertaan sebanyak 19,943 bagi tempoh promosi dijalankan dari 28 Oktober 2017 hingga 31 Januari lalu.
Pada cabutan akhir yang akan diadakan di Ruang Legar Pusat Membeli-Belah Times Square itu nanti, pelanggan-pelanggan terpilih berkenaan akan berpeluang memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta BMW 118i di samping pakej pelancongan ke Dubai untuk dua orang, kad tunai bernilai $2,500 dan banyak lagi.
Sepanjang promosi berkenaan, pelanggan yang membeli empat liter minyak pelincir Shell Helix sama ada Shell Helix Ultra 5W-40, HX7 10W-40 atau HX5 15W-40 akan layak menerima satu borang untuk menyertai Promosi #BeliHelix.
Borang yang lengkap diisi bersama resit pembelian perlu dimasukkan ke dalam kotak yang disediakan di 190 cawangan pengedar kereta, bengkel persendirian dan stesen minyak di seluruh Brunei.