Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    BSM bertahlil, kempen bersih kubur

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MAC – Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) kelmarin, telah mengadakan kempen kebersihan di tanah perkuburan Islam serta mengadakan bacaan tahlil di keempat-empat daerah.

    Kempen kebajikan berkenaan diadakan bersempena memperingati Ulang Tahun BSM ke-65 dan sebagai persiapan menyambut kedatangan bulan suci Ramadan bagi tahun 2024.

    Aktiviti berkenaan bermula di Tanah Perkuburan Islam di Tambing Pehin Kampung Limbungan Daerah Brunei dan Muara, Tanah Perkuburan Islam Pusara An-Naim (Daerah Belait), Tanah Perkuburan Islam Sugan (Daerah Tutong) dan Tanah Perkuburan Islam Semamang (Daerah Temburong).

    Mengetuai bagi kempen di Daerah Brunei dan Muara ialah Pengarah Urusan BSM, Awang Muhammad Norshafiee bin Dato Paduka Haji Abdul Jalil.

    Acara dimulakan dengan aktiviti pembersihan di kawasan tanah perkuburan diikuti dengan bacaan tahlil.

    Acara berkenaan bertujuan untuk meningkatkan kerohanian sepanjang bulan Ramadan serta membina hubungan silaturahim lebih erat dengan rakan kongsi perniagaan yang sedia ada.

    Turut hadir menjayakan aktiviti berkenaan ialah pihak pengurusan dan kakitangan BSM, beberapa wakil rakan kongsi perniagaan BSM dari stesen runcit serta syarikat perkhidmatan pengangkutan dan logistik.

    Antara kakitangan BSM serta beberapa wakil rakan kongsi perniagaan BSM yang menyertai kempen berkenaan. – GAMBAR SERAHAN BSM
    GAMBAR SERAHAN BSM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda