Tuesday, May 6, 2025
26.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    BSM lancar promosi Ganjaran bersama Shell

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) teruja untuk mengumumkan pelancaran promosi Ganjaran bersama Shell evolusi Perjalanan Berganjaran bersama Shell.

    Promosi menarik yang berlangsung bermula hari ini sehingga 5 November depan itu bertujuan untuk memberi setiap pelanggan peluang memenangi hadiah-hadiah yang luar biasa apabila membeli minyak pelincir Shell terpilih. Dengan setiap botol pembelian minyak pelincir Shell terpilih, pelanggan berhak mendapat berpeluang untuk cabutan bertuah.

    BSM berusaha untuk memastikan pelanggan mereka sentiasa mendapat akses kepada minyak pelincir Shell yang berkualiti tinggi dan tulen. Melalui Ganjaran bersama Shell, BSM mahu menjadikan perjalanan pelanggan bukan sahaja lancar dan selamat, tetapi juga meraikannnya kerana setiap perjalanan dengan Shell berhak mendapat ganjaran.

    Perkara berkenaan telah dikongsikan oleh Ketua Komersial BSM, Dayang Erdiana binti Haji Abdul Rahim semasa sidang media yang berlangsung di Pejabat BSM di Bangunan PGGMB, petang tadi.

    Turut dikongsikan dalam sidang media berkenaan, terdapat tiga pusingan hadiah yang merangkumi hadiah utama pengalaman pakej pelancongan untuk dua orang dengan destinasi menarik seperti Tokyo, Jakarta, dan Kuala Lumpur.

    Dayang Erdiana dan Awang Waliyuddini semasa memperkenalkan promosi berkenaan. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.

    Selain itu, pelanggan juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik lain termasuk baucar beli-belah bernilai $1,000 dan servis kenderaan percuma selama setahun sehingga bernilai $1,000.

    Cabutan hadiah pusingan pertama akan diadakan pada bulan Jun, diikuti dengan cabutan hadiah pusingan kedua pada bulan September dan cabutan hadiah pusingan terakhir akan diadakan pada bulan November.

    Kempen ini juga menekankan kepentingan membeli minyak pelincir Shell tulen yang dibekalkan oleh BSM selaku pengedar sah tunggal di Negara Brunei Darussalam. Pelanggan digalakkan untuk mencari pelekat ‘Untuk Pasaran Brunei’, yang bertindak sebagai tanda keaslian.

    Turut hadir pada sidang media itu ialah Pelaksana Kecemerlangan Pelanggan BSM, Awang Waliyuddini Zaini yang antaranya mengongsikan di BSM, mereka komited untuk menghargai kesetiaan sambil mengukuhkan kepentingan menggunakan minyak pelincir Shell yang tulen dan berkualiti tinggi.

    “Ganjaran bersama Shell lebih daripada sekadar promosi, ia merupakan perayaan kepercayaan pelanggan kami terhadapnya perjalanan mereka,” ujarnya

    Menyentuh cara menyertai promosi berkenaan, Awang Waliyuddini menjelaskan para pelanggan boleh mengunjungi mana-mana stesen Shell, bengkel dan pengedar kereta yang mengambil bahagian untuk membeli minyak pelincir Shell, servis kenderaan dan secara automatik berpeluang untuk memenangi selepas melakukan pendaftaran.

    Setiap transaksi yang layak membawa awda selangkah lebih dekat kepada ganjaran yang menakjubkan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda