Friday, May 3, 2024
24 C
Brunei

    -

    BSM raikan kecemerlangan, sumbangan

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) berkenan berangkat ke Majlis Anugerah Pengerusi 2023 yang berlangsung di The Empire Brunei, hari ini.

    Majlis meraikan komitmen, kecemerlangan dan sumbangan berharga rakan-rakan kongsi perniagaan BSM dalam menangani keperluan mobiliti negara dan keperluan perjalanan harian mereka.

    Anugerah berkenaan mengiktiraf prestasi dalam kesihatan, keselamatan, sekuriti dan alam sekitar (HSSE), pertumbuhan perniagaan dan kecemerlangan operasi dalam bidang-bidang seperti pemasaran, tanggungjawab sosial korporat dan perkhidmatan pelanggan.

    Dalam sembah alu-aluannya, Pengarah Urusan BSM, Awang Muhammad Norshafiee bin Dato Paduka Haji Abdul Jalil menyatakan, BSM telah bekerja rapat dengan rakan-rakan kongsi perniagaannya untuk memastikan perkhidmatan standard tertinggi yang diberikan kepada masyarakat.

    Beliau menambah, kerjasama yang terjalin telah menubuhkan sebuah rangkaian yang membolehkan mereka untuk terus menyediakan penyelesaian mobiliti kepada para pelanggannya.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan mengurniakan anugerah Most Improve Retail Operational Performance kepada Syarikat Pam Minyak Mabohai. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan mengurniakan anugerah Best Commercial Operational Excellence kepada Boustead Sdn Bhd. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan mengurniakan Best Sales Performance Award kepada NBT (Brunei) Sdn Bhd. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan mengurniakan Anugerah Shell Star Master Mechanic bagi Kategori IBTE kepada Awang Muhammad Hadif H Hamizan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan menerima junjung ziarah pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan menerima pesembah. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Best Marketing Award (Best Customer Excellent Marketing) kepada Bousted Sdn Bhd. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan mengurniakan Anugerah Shell Star Master Mechanic bagi kategori General Machanics kepada Denson Alvarez Panopio. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Best Road Tanker Carrier (RTC) Driver kepada Muhd Aiman bin Abdul Rahman Suge. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Para jemputan yang mengahdiri ke majlis tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Para jemputan yang mengahdiri ke majlis tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dijunjung untuk menyempurnakan pengurniaan 11 anugerah kepada rakan-rakan kongsi perniagaan BSM.

    Anugerah-anugerah yang disampaikan bagi Anugerah Kategori Runcit adalah Most Improved Retail Operational Performance kepada Syarikat Pam Minyak Mahbohai; Best Retail Operational Excellence kepada IBA Petrol Station Sdn Bhd; Best Retail Service Champion kepada Awang Mohammad Khairul Ridzuan bin Sahari, Mar’azmala Retail Station; Best RTC Driver Award kepada Awang Muhd Aiman bin Abdul Rahman Suge dan Best LPG Operational Excellence kepada Overseas Agency Company Sdn Bhd.

    Bagi Kategori Commercial Business, Best Sales Performance Award dianugerahkan kepada NBT Brunei Sdn Bhd, Setia Motors Sdn Bhd dan Grand Auto Sdn Bhd; Best Commercial Operational Excellence kepada Boustead Sdn Bhd; Best Corporate Social Responsibility kepada NBT Brunei Sdn Bhd dengan Special Mention kepada QAF Brunei Sdn Bhd; Best Marketing Award (Best Customer Excellence Marketing) kepada Boustead Sdn Bhd dan Best Marketing Award (Best Digital Marketing Initiative) kepada NBT Sdn Bhd.

    Pemenang-pemenang bagi program Shell Master Mechanics ialah Awang Muhammad Hadif H Hamizan bin Saini bagi kategori Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dan Denson Alvarez Panopio bagi Kategori General Mechanic.

    Kemenangan itu bererti bahawa kedua-dua individu berkenaan telah memperoleh gelaran Star Master Mechanic of Brunei Darussalam dan memenangi hadiah perjala-nan ke MotoGP di Sepang, Kuala Lumpur pada November ini dan hadiah wang tunai $3,000.

    Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan menerima pesambah yang disembahkan oleh Pemangku Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani dalam kapasitinya sebagai ahli Lembaga Pengarah BSM dan Awang Muhammad Norshafiee.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...