Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OKT – Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) telah menaja dan mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN (ABIS) 2021 yang berlangsung secara maya, hari ini. Sidang kemuncak tahunan itu merupakan Forum Asia Tenggara yang menghimpunkan ketua-ketua negara dan kerajaan serta pemimpin industri untuk