Tuesday, October 1, 2024
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    BSP tanam lebih 300 pohon kapur paya

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) telah mengadakan aktiviti menanam pokok di mana sebanyak 382 pohon pokok kapur paya telah ditanam di Hutan Simpan Anduki pada 24 September lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BSP, di sini, inisiatif berkenaan adalah kolaborasi antara BSP dan Jabatan Perhutanan dengan sokongan daripada alumni LiveWIRE BSP, Sphiere.

    Spesies kapur paya telah dipilih kerana ia merupakan spesies asli kepada kawasan berkenaan dan dikategorikan sebagai terancam dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN). Selain itu, sebahagian daripada hutan simpan berkenaan juga mengalami kerosakan disebabkan oleh kebakaran hutan yang lalu dan mengenali akan kawasan berkenaan adalah amat sesuai bagi penanaman semula hutan, spesies berkenaan telah dipilih bagi inisiatif menanam pokok itu.

    Kapur paya juga merupakan salah satu spesies yang ditanam dalam tapak semaian BSP sebagai sebahagian daripada projek tiga tahun yang bermula pada 2019 untuk memastikan BSP mempunyai anak pokok yang mencukupi untuk ditanam di habitat terdegradasi.

    Lebih daripada 20 orang sukarelawan BSPCares berkerjasama dengan Pasukan Alam Sekitar BSP serta Bahagian Perubahan Iklim dan Pemuliharaan Hutan, Jabatan Perhutanan mengambil bahagian dalam aktiviti berkenaan.

    Aktiviti penanaman pokok berkenaan juga menyokong Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan Brunei, Strategi 2 iaitu Liputan Hutan yang berhasrat untuk menanam sebanyak 500 ribu pohon pokok baharu menjelang 2035.

    Sehingga kini, BSP telah menanam lebih 1,000 pohon pokok di pelbagai lokasi di Dearah Beliat pada 2024.

    Warga BSP bergambar ramai semasa acara berkenaan. – GAMBAR SERAHAN BSP
    ATAS & BAWAH : Antara warga BSP yang terlibat dalam acara tersebut. – GAMBAR SERAHAN BSP
    GAMBAR SERAHAN BSP
    GAMBAR SERAHAN BSP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda