Saturday, May 3, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    BSUnion, Petrofes hulur sumbangan kepada MKM, DANA

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Persatuan Penuntut-penuntut Brunei di United Kingdom dan Eire (BSUnion) dan Petrofes Sdn Bhd telah menyumbangkan dana berjumlah $1,000 melalui acara March Challenge Run yang dikendalikan oleh BSUnion, kepada Majlis Kesejahteraan Masyarakat Brunei (MKM) dan Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-anak Yatim (DANA) pada 21 dan 22 April lalu.

    Menurut kenyataan yang diterima, pledge-to-donate yang dikendalikan oleh BSUnion adalah inisiatif yang menjemput syarikat-syarikat Brunei untuk menderma berdasarkan jumlah jarak yang dilarikan oleh 39 penuntut sepanjang bulan Mac pada tahun ini.

    Larian tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental serta menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan para pelajar. Sejumlah 2336.2km telah berjaya dikumpulkan oleh para peserta.

    Selaras dengan tanggungjawab sosial korporat Petrofes, Petrofes berharap sumbangan derma kepada DANA dapat memudahkan anak-anak yatim di Brunei dalam persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri, dan kepada MKM bagi menyokong Sungkai Distribution Project untuk mereka yang memerlukan semasa bulan suci Ramadan ini.

    Wakil dari Petrofes Sdn Bhd menyerahkan cek derma kepada Awang Mohamed Yusof bin Shaik Abdul Halim untuk MKM. – Gambar serahan BSUnion
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda