Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – BTop Motors Sdn Bhd turut memeriahkan Syawal dengan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Dewan Pameran BTop Motors, Kampung Beribi, hari ini.
Majlis yang dihadiri oleh para pelanggan, rakan-rakan serta penggemar motosikal juga disajikan dengan pelbagai juadah istimewa dalam suasana perayaan yang mesra.
Menurut Pengurus Jualan dan Pemasaran BTop Motors Sdn Bhd, Awang Narawi bin Merusin, majlis itu merupakan acara tahunan sebagai tanda penghargaan kepada semua pelanggan dan rakan-rakan yang memberikan sokongan kepada mereka serta untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan persahabatan.
Beliau juga menerangkan mengenai perancangan terdekat ini iaitu penganjuran pertandingan motosikal tercantik yang akan dijadualkan pada Ogos nanti.
