Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    BTS beri pengaruh besar buat Jungkook

    Selama 10 tahun menjadi anggota kumpulan popular BTS, Jungkook akui banyak mengalami perubahan dan menjadikan personaliti dirinya seorang yang lebih baik.

    Menurut Jungkook, enam rakannya yang merupakan kelompok terdekat banyak mempengaruhi hidupnya dalam tempoh tersebut.

    “Mereka sangat memberi pengaruh besar kepada saya. Sebagai contoh jika mereka mencipta lagu baharu saya juga rasa mahu hasilkan sesuatu.

    “Mungkin saya menjadi seorang yang berbeza jika mereka tidak menunjukkan minat mendalam dalam muzik.

    “Apabila melihat orang lain melakukan sesuatu perkara, saya sentiasa terfikir bahawa saya juga mampu berbuat demikian. Ia memberi motivasi untuk saya memulakan sesuatu.

    “Sebelum ini saya seorang yang sangat beremosi dan cepat marah. Namun sekarang saya lebih rasional dan realistik. Hala tujuan hidup juga semakin terfokus,” kata seperti yang dipetik dari Weverse Magazine.

    Sementara itu, bercakap tentang perkembangan kerjaya selepas BTS mengumumkan mereka berehat daripada aktiviti berkumpulan, kata Jungkook dia masih meneruskan minat dalam bidang muzik. – Agensi

    Pengaruh rakan-rakan BTS banyak ubah kehidupan Jungkook. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...