Menurut PageSix, BTS dan Justin Bieber dilaporkan bakal berkolaborasi dalam sebuah lagu yang akan datang.
Kolaborasi BTS dan Justin Bieber juga dikatakan sedang berada dalam proses dan berkemungkinan sebagai album deluxe repackage terbaharu Justin Bieber, Justice.
“Mereka sedang mengambil masa mereka dan memastikan ia disiarkan dengan betul,” jelas PageSix.
Ramai yang mula membuat spekulasi bahawa kolaborasi itu dapat dilakukan selepas syarikat pelaburan Amerika Syarikat, Ithaca Holdings bergabung dengan HYBE America pada awal tahun ini. Dimiliki oleh Scooter Braun, Ithaca Holdings adalah syarikat induk SB Projects, iaitu sebuah syarikat agensi Scooter Braun yang menguruskan Justin Bieber, Ariana Grande, Demi Lovato, dan ramai lagi.
Tidak lama selepas kerjasama itu telah disahkan, BTS telah memberikan ucapan mesra kepada Justin Bieber dan artis SB Holdings yang lain.
“Ianya berita yang hebat dan membuat kami semua kagum! Justin Bieber, Ariena Grande, J Balvin! Pasukan di sebalik semua ini dan ramai artis luar biasa telah bergabung dengan HYBE,” jelas RM BTS – Agensi
