Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    BTS lancar saluran Tik Tok

    Setelah berehat untuk satu bulan, kumpulan terkenal dunia dari Korea Selatan, BTS baru-baru ini telah melancarkan saluran media sosial Tik Tok mereka sendiri. Informasi tersebut telah dikemaskinikan oleh media Soompi dan sehingga ke hari ini bilangan pengikut yang membanjiri Tik Tok kumpulan itu semakin tinggi.

    Berkongsi kepada peminat

    Pada 25 September lalu, kumpulan tersebut telah memuat naik video pertama mereka di saluran Tik Tok tersebut dan berkongsi akuan peribadi masing-masing kepada peminat mereka.

    Pada awal bulan ini, BTS telah menamatkan tempoh masa berehat mereka selama satu bulan dan bakal kembali aktif pada bulan ini. Pada 11 Oktober nanti, mereka akan membuat persembahan Konsert di Stadium Antarabangsa Sultan Fahd di Arab Saudi bersama-sama dengan artis antarabangsa yang lain. Kemudian, BTS akan menjelajah ke seluruh dunia untuk mengadakan konsert di mana akan berakhir di Stadium Olimpik di Seoul, Korea Selatan. – Agensi

    Pada awal bulan ini, BTS telah menamatkan tempoh masa berehat mereka selama satu bulan dan bakal kembali aktif pada bulan ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda