Thursday, October 17, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    BTS perbaharui kontrak bersama HYBE

    Kesemua tujuh anggota sensasi K-pop BTS telah memperbaharui kontrak mereka dengan agensi HYBE, kata syarikat itu kelmarin, ketika kumpulan itu sedang ‘cuti’ kerana beberapa orang daripada mereka menjalani khidmat tentera wajib di Korea Selatan.

    Sejak mula kemunculan mereka pada 2013, BTS dianggap memainkan peranan penting dalam menghasilkan berbilion dolar untuk negara mereka dan turut meningkatkan imej serta daya saing Korea Selatan sebagai kuasa budaya global.

    Kumpulan K-pop itu mengumumkan ‘cuti’ daripada sebarang aktiviti kumpulan tahun lalu dan dua anggotanya sedang menjalani khidmat tentera selama kira-kira 18 bulan.

    Laporan tempatan menyatakan kumpulan itu mungkin akan bersatu semula kira-kira pada 2025, apabila kesemua tujuh anggotanya akan selesai khidmat tentera.

    “Syarikat kami telah memutuskan untuk memperbaharui kontrak eksklusif semua tujuh anggota BTS berdasarkan keputusan Lembaga Pengarah,” kata agensi kumpulan, HYBE, dalam satu pengisytiharan peraturan kelmarin.

    “Fakta ini dianggap sebagai perkara penting dalam pengurusan yang boleh memberi kesan kepada kedudukan kewangan syarikat dan membuat keputusan pelabur, oleh itu, kami memutuskan untuk mengumumkannya,” tambahnya.

    Sejak kemunculan pertama mereka 10 tahun lalu, kumpulan itu sebelum ini juga telah memperbaharui kontrak dengan HYBE pada 2018, yang sepatutnya tamat pada 2024.

    Namun, butiran lanjut mengenai tempoh kontrak baharu atau tarikh tamatnya tidak diumumkan, namun pengumuman terkini menunjukkan bahawa kesemua tujuh anggota kumpulan itu kemungkinan akan kekal selepas menamatkan khidmat tentera. – AFP

    Kesemua ahli BTS jamin kekal di pentas K-Pop. – todayonline
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda