BTS promosi album baharu secara livestream

Wabak koronavirus di Korea Selatan memaksa artis K-pop, BTS mengadakan persidangan secara livestream di sebuah dewan kosong pada Isnin lalu bagi mempromosikan album baharu mereka.

Negara tersebut setakat ini mengesahkan lebih daripada 800 kes novel coronavirus, yang merupakan jumlah terbesar setakat ini bagi negara di luar China.

Memandangkan wabak tersebut, BTS menyiarkan persidangan itu melalui laman YouTube, menurut pihak pengurusan kumpula, menambah, tujuh anggota kumpulan itu melambai dan memberikan tundukan penghormatan dari dewan yang kosong dan menjawab pertanyaan yang sudah dipilih sebelum ini daripada wartawan.

“Kesihatan sentiasa berada dalam fikiran kami buat beberapa hari ini dan pesanan kami buat diri anda yang mencintai kami adalah mementingkan kesihatan anda,” kata ahli BTS, Jimin.

“Terutama sekali pada ketika ini keadaan di luar sana sangat berisiko, saya berharap anda menjaga kesihatan anda.”

BTS atau Bangtan Sonyeondan, yang diterjemahkan sebagai Bulletproof Boy Scouts adalah kumpulan K-pop pertama memasuki carta teratas di Amerika Syarikat dan Britain.

Usaha terbaharu mereka adalah melakukan pelancaran secara serentak dalam talian di seluruh dunia pada hari Jumaat lalu, yang dipenuhi dengan perbualan mengenai BTS di media sosial.

“Map of the Soul:7” merupakan album Korea Selatan yang paling diminati sepanjang masa, dengan lebih daripada empat juta keping terjual sebelum pelancarannya. – AFP

BTS terpaksa melakukan siaran akhbar secara livestream kerana wabak koronavirus bagi pelancaran album terbaharu mereka. – Agensi