Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    BTS tak terima sebarang pencalonan Grammy

    Peminat kumpulan Kpop terkenal, BTS kecewa apabila mengetahui penyanyi Korea kegemaran mereka itu tidak menerima sebarang pencalonan dalam Anugerah Grammy.

    Memetik laporan CNN, penyanyi Hollywood terkenal, Halsey turut menyatakan bahawa dia tidak terkejut apabila BTS tidak tersenarai dalam Anugerah Grammy kerana berpendapat bahawa Amerika Syarikat jauh ketinggalan di belakang.

    “Padam dan abaikan semua perkara negatif. BTS layak dapat pencalonan. Bagaimanapun saya tak terkejut apabila mereka tak diiktiraf. Amerika Syarikat jauh ketinggalan di belakang,” tulisnya di Twitter.

    BTS dianggotai oleh Jin, Suga, J-Hope, RM, Jimin, V dan Jungkook. Untuk rekod, kumpulan tersebut memecah rekod Beatles pada 2019 apabila tiga albumnya berjaya menduduki tangga pertama Billboard selama setahun.

    Sementara itu rata-rata netizen terus memberikan kata-kata semangat kepada BTS. “BTS tak perlukan pengiktirafan Barat. Tak apa, teruskan berfikiran positif dan sentiasa beri sokongan kepada mereka, itu yang paling penting. Kami tahu mereka lebih bermakna daripada segala anugerah yang disenaraikan,” tulis netizen. – Agensi

    Kumpulan tersebut memecah rekod Beatles pada 2019 apabila tiga albumnya berjaya menduduki tangga pertama Billboard selama setahun. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda