Kumpulan Kpop popular, BTS kembali meraih pencapaian luar biasa apabila memecahkan rekod baharu dalam penjualan album.
Menurut laporan Billboard, BTS memecah rekod Guiness apabila album berjudul Map Of Soul: Persona menjadi album terlaris dengan 3,399,302 salinan terjual di Korea Selatan.
Ia sekaligus mengatasi rekod yang dipegang penyanyi Kim Gun Mo menerusi album Mis-Encounter. Album nyanyian Kim itu dijual sebanyak 3,300,000 salinan dan memegang rekod selama 24 tahun.
Pencapaian ini dianggap luar biasa kerana album Map Of Soul: Persona dilancarkan pada April lalu.
Album tersebut mengandungi tujuh buah lagu termasuklah kolaborasi antara BTS dan Halsey melalui lagu Boy With Luv yang kini masih trending di beberapa buah negara. – Agensi
