KUMPULAN terkenal BTS diundang menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-73 di New York, Amerika Syarikat.
Menurut portal Soompi, BTS mengikuti pelancaran program Generation Unlimited dan diberi peluang menyampaikan ucapan mereka.
Program anjuran UNICEF itu bertujuan meningkatkan peluang kepada generasi muda mengembangkan idea dan bakat tanpa halangan.
Rekod daripada PBB mendapati kumpulan tersebut mempunyai pengaruh dalam menjayakan program anjuran UNICEF apabila Love Myself, berjaya mengutip dana lebih AS$1 juta sehingga Jun 2018.
Rata-rata peminat kumpulan ini menyatakan sokongan dan berbangga apabila BTS diberikan peluang berkongsi kejayaan dalam acara tersebut.