Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Buah kelapa ganjil seakan muka binatang

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2007 – Seorang warga emas dari Perpindahan Lambak Kanan mendedahkan penemuan ganjil tempurung kelapa yang mempunyai bentuk seakan-akan muka binatang.

    Beliau berkata buah kelapa tua itu ditemuinya di salah sebuah pokok kelapa di kebun belakang rumahnya.

    Beliau memberitahu Media Permata pokok kelapa itu baru kali pertama mengeluarkan buah tetapi hanya sebiji dan tidak menjadi seperti buah kelapa lain bahkan bertukar warna kepada coklat seakan-akan buah kelapa tua.

    “Saya memetik buah itu lalu mengupasnya untuk mendapatkan isi di dalamnya. Hasilnya saya sendiri pun terkejut apabila melihat bentuk tempurung kelapa tua itu seakan-akan seekor binatang yang mempunyai muka serta tubuh.”

    Buah kelapa ganjil itu ditemui dua bulan lalu dan beliau pernah menceritakan penemuan itu kepada orang lain dan saudara mara terdekat, rata-ratanya terkejut serta berasa ganjil dengan rupa bentuk tempurung buah kelapa itu.

    “Memandangkan bentuknya seperti mempunyai mata dan mulut itu ada yang menyifatkan ia ada seperti seekor ikan buntal dan sesetengah pula berpendapat ia berbentuk seakan-akan seekor burung kalilawar dan sebagainya,” kata warga emas itu.

    “Malah ada yang sanggup menawarkan harga yang tinggi untuk memiliki buah ganjil itu,” tambahnya. Bagaimanapun beliau memutuskan untuk tidak menjualnya dan sebaliknya menyimpan buah ganjil itu sebagai barang koleksi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda