Tuesday, September 17, 2024
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Buah pic Fukushima Jepun dijual di Harrods

    TOKYO, 10 SEPT – Buah pic dari Fukushima kini boleh dibeli di gedung beli-belah mewah London Harrods dalam usaha Jepun untuk mengurangkan kebimbangan mengenai hasil keluaran yang ditanam di wilayah yang dilanda bencana nuklear.

    Satu kotak yang mengandungi tiga biji pic putih besar dijual pada harga 80 paun (AS$100) di mana ia pertama kali dijual di kedai di Eropah.

    Sebelum krisis nuklear 2011, Fukushima dikenali sebagai ‘dunia buah-buahan,’ terkenal di Jepun dengan pelbagai buah yang lazat, termasuk pic, anggur, pear dan ceri.

    Tetapi selepas tsunami yang berlaku akibat gempa bumi telah mencetuskan bencana nuklear terburuk sejak Chernobyl, di mana pengguna bimbang ia boleh membahayakan kesihatan dan menjejaskan jualan mereka.

    Walaupun kawasan sekitar stesen janakuasa Fukushima Daiichi yang dilanda telah dipindahkan kerana takut akan kesan radiasi, namun ladang di seluruh wilayah itu tidak tercemar.

    Sebelum dihantar ke kedai, semua produk ladang dan perikanan dari wilayah timur laut Jepun kini menjalani pemeriksaan sinaran yang ketat.

    Harrods mula menjual buah pic Sabtu lalu, sebahagian daripada inisiatif membina reputasi oleh Tokyo Electric Power Company (TEPCO), pengendali loji Fukushima. – AFP

    Gambar bertarikh 7 September 2024 menunjukkan seorang pelanggan sedang mencuba buah pic dari wilayah Fukushima Jepun, yang mula dijual di gedung mewah Harrods di tengah London. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda