Bual bicara baiduri bersama pelanggan

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Sebagai sebuah institusi yang sentiasa mencari kaedah inovatif untuk melibatkan penyertaan para pelanggan, Bank Baiduri hari ini telah menganjurkan bual bicara bersama pelanggan mereka di Restoran Seasons, Gadong.

Acara yang dipanggil ‘Sedia untuk Perubahan’ itu merupakan perbincangan bertemakan gaya hidup yang memberikan tumpuan kepada topik gaya hidup perjalanan, kesihatan dan kaedah pengurusan perancangan kewangan.

Dimudahcarakan oleh seorang DJ dan pengamal kecergasan, Nadzri Harif, ahli panel terdiri daripada pendukung pemakanan sihat dan pengasas bersama Fuel’d, Shazrinah Shazali; blogger, Maurina Hamid serta Pengurus Pembangunan Perniagaan di AIA Brunei, Jen Yong.

Acara yang disertai oleh 100 orang peserta itu turut disiarkan secara langsung di saluran Instagram rasmi mereka, sekali gus membolehkan para pengikut dan pelanggan mereka untuk menyertai acara itu.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Pengiran Azaleen bin Pengiran Dato Haji Mustapha, “Sebagai rakan kewangan mereka, kami sangat teruja untuk menunjukkan kepada pelanggan bahawa perancangan dan kesedaran kewangan tidak bermakna kita perlu mengorbankan gaya hidup kita.”

Acara ini juga dianjurkan bersempena dengan promosi ulang tahun ke-25 Bank Baiduri, di mana dengan mendaftar pelan simpanan dan perlindungan terpilih, para pelanggan diberi ganjaran sehingga mendapat lima peluang untuk memenangi hadiah yang hebat dalam cabutan bertuah.

Hadiah hebat yang menanti para pelanggan termasuk kereta BMW 5 series, percutian mewah ke Maldives, Royal Skies miles dan banyak lagi.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pusat Pengurusan Harta Bank Baiduri, Peng Eng Soon.

Bank Baiduri juga menawarkan pelbagai produk kewangan dan pilihan pelaburan untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup pelanggan mereka. Bank Baiduri juga kerap menjadi tuan rumah seminar pelaburan yang memaparkan para ahli dan penganalisis kewangan dari rantau ini untuk mendidik pelanggan mereka dari segi pengurusan kewangan.

Salah seorang ahli panel ketika sesi bual bicara berkenaan.
Antara pelanggan Bank Baiduri yang hadir pada acara tersebut.