Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Buang bahan binaan, syarikat dikompaun

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 27 JULAI – Sebuah syarikat di Kuala Belait telah dikenakan kompaun $500 oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria (JBKBS) kerana membuang bahan-bahan binaan di tempat awam, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JBKBS, syarikat tersebut telah didapati membuang bahan-bahan terbuang di lorong jalan kecil yang bersebelahan dengan Jalan Bunga Rampai, Kuala Belait.

    Syarikat itu dikenakan kompaun di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil Penggal 30 Seksyen 12(1)(e) dan diberi tempoh tujuh hari untuk membayar kompaun dan jika gagal boleh dihadapkan ke mahkamah.

    Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dijatuhkan denda $1,000 atau sebulan penjara sementara itu bagi kesalahan seterusnya boleh didenda $3,000 atau penjara tidak lebih tiga bulan.

    Bahan binaan yang dibuang di tempat awam yang ditemui oleh pihak berkuasa.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda