Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Buang ego rahsia Ajay dan Kajol kekal bahagia

    Selama 23 tahun mendirikan rumah tangga, Ajay Devgan dan Kajol dilihat antara pasangan contoh yang berjaya mengekalkan kebahagiaan dan keharmonian sebagai suami isteri.

    Mengakui ada ketika perkahwinan mereka juga dilanda masalah, Ajay memberitahu dia dan isterinya ada cara tersendiri supaya pergaduhan tidak berlarutan.

    “Perkahwinan kami bertahan sehingga hari ini walaupun ada ketika melalui pelbagai masalah.

    “Pastinya akan ada perselisihan faham antara kami berdua, tetapi harus bijak menguruskannya kerana dua individu tidak akan mempunyai pemikiran yang sama.

    “Jika ada sebarang masalah, kami akan berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik. Kita juga harus faham dan hormati pendapat orang lain.

    “Perkara pertama yang harus dilakukan ketika ada masalah, perlu minta maaf dan ketepikan sikap ego kerana ia tidak akan dapat membantu mencari jalan penyelesaian,” katanya.

    Bapa kepada dua orang anak ini juga memberitahu dia bukanlah seorang yang menunjukkan sifat kasih sayang melalui tindakan fizikal.

    “Saya tunjukkan perasaan sayang dengan cara berbeza. Rasa cinta itu saya tunjukkan dengan sikap bertanggungjawab dan ambil berat terhadap keluarga,” jelasnya.

    Ajay dan Kajol berkahwin pada tahun 1999 dan mereka mempunyai dua orang anak iaitu Nysa dan Yug. – Agensi

    Ajay memberitahu dia dan isterinya ada cara tersendiri supaya pergaduhan tidak berlarutan. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda