Wednesday, September 25, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Buang sampah: Dua syarikat didenda $2,000

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 SEPT- Dua buah syarikat telah dikenakan kompaun sebanyak $2,000 masing-masing kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Bab 12 (1) Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian (Pindaan 2021).

    Menurut kenyataan daripada Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, kompaun yang dikeluarkan adalah hasil daripada operasi di beberapa kawasan di Kampung Serasa dan di sekitar kawasan Pekan Muara.

    Sehubungan ini, Jabatan Daerah Brunei dan Muara mengingatkan kepada pemilik atau pengurus syarikat dan individu agar tidak mengambil ringan terhadap kesalahan-kesalahan yang telah dikenakan tindakan dan diarahkan untuk menjelaskan denda kompaun dengan segera serta membersihkan kawasan yang telah dijadikan tempat pembuangan sampah yang menyalahi undang-undang.

    Jika gagal berbuat demikian, kes akan dibawa ke mahkamah di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian (Pindaan 2021) iaitu jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman tidak melebihi $3,000 bagi individu, manakala bagi syarikat tidak melebihi $30,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    ATAS & BAWAH: Antara sampah yang dibuang di kawasan Kampung Serasa. – GAMBAR SERAHAN JDB
    GAMBAR SERAHAN JDB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda