Wednesday, March 26, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Buang sampah, kedai di Belait didenda

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BELAIT, 24 MAC – Sebuah kedai di Daerah Belait telah dikenakan denda kompaun sebanyak $2,000 oleh Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Belait (JDB) semasa operasi pemantauan harian di beberapa kawasan di bawah kawalan jabatan berkenaan, baru-baru ini.

    Syarikat berkenaan telah didapati menyalahi di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian, 2021 (Penggal 30), Bab 12 (1) (d) iaitu menjatuhkan, menumpahkan atau menghamburkan sebarang habuk, pasir, tanah liat, tanah gambur, batu kelikir, rumput, jerambi, tatal, habuk kayu, abu, kotoran kebun, kotoran bangsal, kotoran perniagaan, baja, sampah atau apa jua barang dan bahan lain di sebarang tempat awam, sama ada dari sesebuah kenderaan yang bergerak atau tidak atau dalam apa jua cara lain.

    Bagaimanapun, syarikat terbabit telah menjelaskan denda kompaun berkenaan dan jika gagal menjelaskan pembayaran, syarikat berkenaan boleh didakwa ke mahkamah.

    Sampah yang dibuang di kawasan sebuah kedai di Daerah Belait.– GAMBAR SERAHAN JDB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda