Oleh Yusrin Junaidi – TUTONG, 4 DIS – Sebuah syarikat di Bukit Sibut, Tutong telah dikenakan denda kompaun $500 oleh Unit Penguatkuasaan Jabatan Daerah Tutong kerana didapati membuang sampah di tempat awam. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Unit Penguatkuasaan Jabatan Daerah Tutong, Syarikat Usaha Tasbih didapati melanggar Akta Kesalahan Rampaian 2021 dan dikehendaki untuk menjelaskan kompaun