Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Buang sampah merata, syarikat dikompaun $500

    Oleh Yusrin Junaidi –

    TUTONG, 4 DIS – Sebuah syarikat di Bukit Sibut, Tutong telah dikenakan denda kompaun $500 oleh Unit Penguatkuasaan Jabatan Daerah Tutong kerana didapati membuang sampah di tempat awam.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Unit Penguatkuasaan Jabatan Daerah Tutong, Syarikat Usaha Tasbih didapati melanggar Akta Kesalahan Rampaian 2021 dan dikehendaki untuk menjelaskan kompaun dalam tempoh tujuh hari.

    Jika gagal membayar denda, syarikat tersebut boleh dihadapkan ke mahkamah di mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $2,000 dan tidak melebihi $10,000 bagi kesalahan pertama.

    Bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $10,000 dan tidak melebihi $30,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Sehubungan itu, Unit Penguatkuasaan Jabatan Daerah Tutong mengingatkan orang ramai, pihak syarikat dan pemilik premis-premis perniagaan agar sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar, khususnya di kawasan premis-premis perniagaan dan juga kawasan awam dengan tidak membuang, melonggokkan atau meninggalkan apa jua jenis sampah sarap di tempat awam.

    Sampah sarap yang didapati dibuang di tempat awam. – GAMBAR SERAHAN JABATAN DAERAH TUTONG
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...