Wednesday, February 12, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Buang sampah merata, syarikat perniagaan dikompaun

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OGOS – Sebuah syarikat perniagaan telah dikeluarkan kompaun $500 oleh Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong kerana didapati membuang sampah di tempat awam, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Daerah Tutong, di sini, syarikat berkenaan telah dikenakan denda kompaun sebanyak $500 di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021, Bab 12 (1) (a) iaitu membuang sampah di tempat awam.

    Syarikat itu telah melakukan kesalahan di bawah akta terbabit dan dikehendaki untuk menjelaskan kompaun dalam masa tujuh hari di mana jika gagal membayarnya, syarikat itu boleh dihadapkan ke mahkamah.

    Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $2,000 dan tidak melebihi $10,000 manakala itu, bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari $10,000 serta tidak melebihi $30,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong mengingatkan orang ramai, pihak syarikat dan pemilik premis perniagaan supaya sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar, khususnya di kawasan premis-premis perniagaan dan juga kawasan awam dengan tidak membuang, melonggokkan atau meninggalkan apa jua jenis sampah sarap di tempat awam.

    Sampah yang dibuang oleh syarikat perniagaan itu di sebuah kawasan awam. – Gambar serahan Jabatan Daerah Tutong
    Sampah merata dibuang syarikat perniagaan itu di tempat awam, kelmarin. – Gambar serahan Jabatan Daerah Tutong

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda