Friday, May 9, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Buang sampah, syarikat didenda $1,000

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MEI – Sebuah syarikat tempatan dikenakan denda kompaun sebanyak $1,000 oleh Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong hari ini kerana didapati melanggar peruntukan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021, iaitu membuang sampah di kawasan tanah lapang di tempat awam.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, syarikat terbabit dikehendaki menjelaskan denda kompaun dalam tempoh tujuh hari dari tarikh kompaun dikeluarkan.

    Sekiranya gagal berbuat demikian, tindakan mahkamah boleh diambil terhadap syarikat berkenaan dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada $2,000 dan tidak melebihi $10,000.

    Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada $10,000 dan tidak melebihi $30,000, dihukum penjara bagi satu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Sampah yang dibuang di kawasan tanah lapang di tempat awam. – GAMBAR SERAHAN JABATAN DAERAH TUTONG
    GAMBAR SERAHAN JABATAN DAERAH TUTONG

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda