Friday, January 3, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Buang sampah tempat awam, individu didenda $100

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OGOS – Seorang individu telah dikenakan denda kompaun $100 oleh Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Belait semasa pemantauan harian dijalankan di beberapa kawasan di bawah kawalan jabatan berkenaan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, individu berkenaan yang didapati melakukan kesalah-an di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian, 2021 (Penggal 30), Bab 12 (1), Kesalahan Bab 12 (1) (a) iaitu meletakkan, melonggok atau mencampakkan sebarang debu, habuk, kertas, abu, bangkai binatang, sampah, kotak, tong, karung atau barang lain di sebarang tempat awam, telah menjelaskan kompaun berkenaan.

    Operasi pemantauan harian itu bertujuan untuk memastikan kebersihan persekitaran agar lebih terjaga dan mana-mana individu atau syarikat yang melakukan pembuangan sampah secara tidak bertanggungjawab akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang telah disediakan.

    Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Belait sentiasa memberi peringatan kepada mana-mana individu ataupun badan-badan korporat agar mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa di negara ini bagi sama-sama menjaga kebersihan kawasan dan alam sekitar dengan membuang bahan-bahan buangan di kawasan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.

    Gambar menunjukkan tempat individu terbabit melakukan kesalahan berkenaan. – Gambar serahan Jabatan Daerah Belait
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda