Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Buangan barangan komputer jadi tumpuan media

    KUALA LUMPUR, 12 Mac – Beberapa peralatan komputer merupakan antara barang yang didapati dibuang di luar Kedutaan Korea Utara di sini yang menjadi tumpuan media sejak kes pembunuhan Kim Jong-nam.

    Tiga komputer riba dan satu CPU itu ditemukan dalam keadaan rosak bersama sampah lain seperti botol minuman keras, kotak makanan segera dan bekas bunga.

    Tidak dapat dipastikan bila kesemua barangan itu diletakkan di luar kedutaan berkenaan atau siapa pelakunya.

    Media tempatan dan luar negara masih berkumpul di luar kedutaan di Bukit Damansara itu dengan beberapa anggota polis dilihat berkawal di kawasan sekitar.

    Pengamal media dari luar negara memeriksa unit pemprosesan pusat (CPU) dan komputer riba yang dibuang di hadapan kedutaan Korea Utara, kelmarin. - Bernama
    Pengamal media dari luar negara memeriksa unit pemprosesan pusat (CPU) dan komputer riba yang dibuang di hadapan kedutaan Korea Utara, kelmarin. – Bernama

    Hubungan Kuala Lumpur-Pyongyang tegang berikutan pembunuhan Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Feb.

    Beliau meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital selepas mukanya disapu dengan bahan kimia, yang kemudiannya dikenal pasti sebagai agen saraf VX semasa menunggu penerbangan ke Macau.

    Dua wanita telah didakwa atas pertuduhan membunuh. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda