Buat aksi parodi Salt Bae, penjual mi dipanggil polis

BANGKOK, 18 NOV – Polis Vietnam memanggil seorang penjual mi selepas dia membuat rakaman parodi sebagai cef selebriti Salt Bae yang terkenal menyediakan hidangan stik dengan kepingan daun emas kepada seorang pegawai kerajaan di sebuah restoran mewah di London, baru-baru ini.

Peter Lam Bui, bekas aktivis, memaparkan video rakaman itu di Facebook, menunjukkan dia menabur herba ke dalam mangkuk sup mi daging sama seperti aksi menabur garam Cef Turki, Nusret Gokce yang lebih dikenali sebagai Salt Bae.

Aksinya itu dibuat bagi mengajuk rakaman tular menteri keselamatan awam Vietnam, To Lam yang makan hidangan stik di restoran mewah Salt Bae di Knighstbridge, awal bulan ini.

Restoran Nusr-Et Steakhouse menyajikan stik yang dibalut dengan kepingan daun emas 24 karat yang boleh dimakan, dilaporkan berharga lebih AS$1,000 dan ia mencetuskan kemarahan rakyat kerana Vietnam kini bergelut dengan gelombang COVID-19 yang dahsyat.

Dalam video yang dirakamkan oleh Bui, dia didengari bertanya kenapa dipanggil, namun pegawai itu enggan menjawab.

Namun, tidak dapat dipastikan bila polis hadir memanggil Bui Lam ahli politik berkuasa di Vietnam yang menjadi menteri keselamatan awam sejak 2016 dan sudah mengenakan tindakan keras terhadap pergerakan hak asasi manusia di negara komunis itu. – AFP