Thursday, February 13, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Buat keputusan, jadikannya kemestian

    PERKATAAN ‘keputusan’ berasal daripada kata akar ‘putus’ yang bermaksud terpotong, tertanggal, terlepas, tidak bercantum. Bolehkah anda membayangkan sesuatu yang putus? Tali yang putus, getah yang putus, talian terputus dan pelbagai lagi.

    Apakah kaitannya ‘keputusan’ dengan ‘putus’? Mari berfikir secara logik. Logiknya adalah, apabila kita membuat keputusan, bererti kita ‘memutuskan’ sesuatu daripada sesuatu yang lain. Apakah dia?

    Sebenarnya, membuat keputusan adalah memutuskan sebarang keberangkalian mengulang perkara yang kita mahu tinggalkan, ataupun memutuskan sebarang keberangkalian meninggalkan perkara yang mahu anda lakukan. Contoh, sekiranya Shahir membuat keputusan untuk solat pada awal waktu, dia mestilah memutuskan sebarang keberangkalian (dalam fikirannya) dia solat lambat. Sekiranya dia berkata, “Saya buat keputusan untuk solat pada awal waktu (kecuali sekiranya ada rancangan TV yang menarik)”, maka itu bukan keputusan.

    Contoh yang lain adalah:

    “Saya akan belajar tiga jam sehari di rumah (kecuali sekiranya abang ajak main game)”.

    “Saya mahu berhenti merokok! (kecuali sekiranya keluar dengan kawan-kawan lama)”.

    Belajar membuat keputusan yang berkualiti. Fokus kepada apa yang anda inginkan dan buat keputusan yang tajam kearah sasaran anda itu. Fokus dan jangan sesekali menoleh ke belakang lagi!
    Belajar membuat keputusan yang berkualiti. Fokus kepada apa yang anda inginkan dan buat keputusan yang tajam kearah sasaran anda itu. Fokus dan jangan sesekali menoleh ke belakang lagi!
    Membuat keputusan adalah memutuskan sebarang keberangkalian mengulang perkara yang kita mahu tinggalkan, ataupun memutuskan sebarang keberangkalian meninggalkan perkara yang mahu anda lakukan.
    Membuat keputusan adalah memutuskan sebarang keberangkalian mengulang perkara yang kita mahu tinggalkan, ataupun memutuskan sebarang keberangkalian meninggalkan perkara yang mahu anda lakukan.

    “Saya akan turunkan berat badan (tetapi susah mahu tinggalkan nasi lemak)”.

    “Saya mahu fokus dalam kelas (melainkan sekiranya saya mengantuk)”.

    Mengapa kata-kata di atas tidak menjadi satu keputusan? Ya, kerana ia tidak memutuskan skebarangkalian negatif. Sama ada disebut dengan jelas, ataupun hanya lintasan dalam fikiran, ada kemungkinan keputusan yang anda buat selama ini bukanlah satu keputusan. Ia hanya pernyataan keinginan. Ia tidak cukup kuat mengubah hidup anda.

    Belajar membuat keputusan yang berkualiti. Keputusan yang memutuskan keberangkalian negatif. Fokus kepada apa yang anda inginkan dan buat keputusan yang tajam kearah sasaran anda itu. Fokus dan jangan sesekali menoleh ke belakang lagi!

    Menarik bukan? Itulah yang dilakukan oleh ramai orang yang sudah berjaya. Walaupun mereka mungkin tidak melakukan secara bersistematik. Sekiranya tidak melakukan semua pun, mungkin sebahagian daripadanya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda